28 June 2008

:- SALAM IMTIHAN -:

Pejam celik pejam celik..akhirnya saya akan melangkah meninggalkan UPSI..imtihan akhir 2 hari lagi adalah medan terakhir saya di sini. Result final exam semester lepas masih belum keluar, namun saya harap tiada masalah dengan result exam tu, InsyaALLAH. Bila menjelang imtihan, saya suka berbicara tentang hubungan kita dengan Al-Khaliq. Buat pengunjung2 blog yang masih bergelar student, di saat menjelang exam inilah hubungan kita dengan Allah kita lipat gandakan. Jgn study sehingga melengahkah waktu solat dan jangan tidur lewat malam sehingga meninggalkan tahajud. Saya tidak nafikan usaha untuk mengulangkaji pelajaran itu sememangnya perlu dilaksanakan sebaiknya, tp yakinlah..hubungan kita dengan Allah itu memberi kesan yang amat besar pada imtihan kita nanti.

Innamal a'malu binniyyat
"Kita belajar untuk periksa je ke?"..tanya seorang pensyarah ketika ada yang meminta tips peperiksaan akan datang. Saya tidak nafikan, ramai antara kita tidak punya visi dan misi yang jelas dalam menuntut ilmu. Bagi yang memilih bidang2 ilmu yang agak sukar mengaitkannya dgn tugas kita sebagai hamba Allah, tentu sahaja cabarannya agak besar. Semua itu kembali kepada niat kita. Ilmu Allah luas..kembalikanlah semuanya untuk menegakkan agamaNya dalam semua bidang dan dalam masa yang sama, kita tetap berusaha melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai bekalan untuk menjadi hamba yang terbaik.

Ilmu dan Penghayatannya
Bila difikir2 alangkah beruntungnya mereka yang sememangnya tergolong dalam golongan yang mendalami bidang agama secara khusus. Namun, bila menoleh ke sekeliling..masih ramai golongan itu yang tidak mampu menghayati ilmunya dengan baik. Dah tahu, tapi buat2 tak tau pun ramai. Yang mencipta pelbagai alasan untuk tidak mengamalkan ilmunya pun ramai juga, sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif kepada imej Islam. Pedih juga telinga ini mendengar cemuhan seorang sahabat saya yang memang kurang fhm tentang Islam. " Alah, ustaz sekarang pun bukan bleh percaya sgt. Ntah2 lagi teruk dari kita2 ni..kat luar je nampak baik..huh"..Walaupun saya bukanlah golongan itu, namun geram juga bila title ustaz itu menjadi fitnah kerana ia berkait rapat dengan imej Islam. Saya cuba mendekati sahabat itu untuk mengetahui mengapa dia berpandangan sedemikian. Nyata, saya sendiri tidak dapat nafikan golongan itu sendiri yang menjadikan dirinya fitnah kpd masyarakat. Tak perlu saya ulas di sini, namun saya dapat simpulkan..tahap taqwa seseorang bukanlah diukur dgn sejauh mana ilmu agama yang dimilikinya..sebaliknya berdasarkan penghayatannya terhadap Islam dan ilmunya.

-Jadilah seseorang yang kakinya berpijak di tanah namun cita-citanya tinggi di angkasa-

:- MENGEMIS KASIH -:

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu.
Tak ingin lagi kuulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris hati


Lagu dendangan kumpulan Zikraa itu, membawa saya ke satu daerah yang bernama kenangan. Peristiwa silam yang nyata terlalu banyak memberi saya pengajaran. Tarbiyah dari Allah yang seharusnya menjadikan saya lebih kuat dalam membaiki agama saya.


Hanya DIA
Ya..hanya DIA yang layak untuk kita mengadu dan mengemis kasih. Setiap manusia punya perjalanan hidup yang unik dan pelbagai. Tika diuji, mudah benar kita mengadu kepada sang makhluk bernama manusia. Kononnya supaya kita menjadi orang yang tidak menyimpan rasa dan memendam masalah yang bisa memberi kesan yang negatif. Namun, kita tidak sedar sebaik penawar adalah pengaduan kepada DIA...luahkanlah segalanya kepadaNYA..menangislah, mengadulah dan luahkanlah..nescaya anda berasa lebih tenteram. Saya bukanlah menghalang anda meluahkan masalah atau berkongsi sesuatu dengan seseorang supaya bahang panasnya masalah yang melanda dapat dikurangi, tp berhati-hatilah ketika melontar bicara pada seorang makhluk yang serba kekurangan. Pilihlah mereka yang thiqah dan baik agamanya yang mana mampu memberi semangat untuk kita kembali kpdNya..bukan hanya melahirkan simpati dan yang lebih teruk jika membawa kita ke arah yang lebih buruk dan ke jalan-jalan maksiat. Jadi, jika kita mampu untuk kembalikan segalanya pada DIA..itu lebih baik, bukan?.

Rasa Kosong
Terasa pula kekosongan dalam penulisan kali ini. Maafkan saya duhai pengunjung blog sekiranya tidak mampu memberikan sesuatu yang terbaik. Sesungguhnya, manusia ini lemah!. Berlindung di bawah langit tetapi tidak mampu menahan dosa. Berpijak di atas bumi tetapi selalu lupa diri. Dan demi Allah..kiranya dosa itu terus mengejar, pada siapa harus disandarkan rasa yang menghimpit jiwa?. PadaNya jualah dapat diceritakan segala..meskipun yang telah berlaku itu telah pun Dia ketahui.

-Ilahi Rabbi, dalam nafas yang bergetar, tafakurku di rumpun sejadah insaf. Temanilah..aku mahu Kau hilangkan resah yang membebani. Aku datang menyerahkan diri, dalam sujudku ini..temanilah daku . Ilahi Rabbi, tika senja berlabuh, menutup tirai sebuah cetera pedih. Ku temu bayang2 lesu amalanku. Mampukah aku bangun dari rebah ini. Meredahi malam yang tidak pasti. Dan arah yang masih mencari..Dan air mata pun berderaian di lereng2 sepi-

:- TUNDUKKAN HATI -:

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat pengunjug blog yg amat saya rindui dan kasihi. Semoga kalian di bawah naungan rahmat kasihNya. Lama benar saya tidak mencatatkan sesuatu di sini sehingga ditegur oleh beberapa sahabat. Dah bersawang blog saya ni rupanya. Ya..kadang-kadang, selalu benar kita terleka dengan kehidupan dunia..hingga terlupa singkatnya perjalanan untuk menuju destinasi kehidupan yang lebih abadi..

Hati = Raja ?
Hari ini sama sahaja seperti hari-hari sebelumnya. Cuma, hari ini hati mudah benar terusik dengan segalanya. Entah mengapa saya amat berjauh hati dengan diri saya sendiri. Pelbagai perkara yang ingin benar saya perbaiki, namun tidak mampu untuk dilaksanakan. Kekuatan yang saya kumpul selepas terjatuh dan tertatih beberapa bulan yang lalu seolah-olah lebur kerana sebuah pemerintah yang bernama hati. Ya..hati adalah maharaja. Dialah pemerintah sebenar kepada sebuah kerajaan bernama diri. Justeru itu, hatilah yang harus menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati bererti gagal mendidik dan membaiki manusia. Hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Jika akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Jika nafsu menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itupun menjadi jahat.

Tundukkan Hati
Membelek buku dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz, terubat sedikit rasa hati ini dengan isinya. Moga hati ini mampu ditundukkan melalui sebuah hadiah bernama ‘Tundukkan Hati’. Rahsia keikhlasan hidup di dunia fana dihuraikan dalam bahasa dan kisah yg cukup menarik. Semuanya berkisar tentang bagaimana kita melihat dunia dalam perspektif yang betul. Kejarlah dunia wahai sahabatku, tapi perlu diingat..semua itu untuk akhirat kerana kita dalam usaha mengejar redha Allah dalam setiap perilaku dan perbuatan kita. Jadi, ayuh! pupuk cinta pada akhirat. Kamu perlu menguasai dunia, bukan dunia yang menguasaimu.

Jangan Ikut Hawa Nafsu, Jangan Panjang Angan-angan
Jangan sesekali diturutkan nafsu pada kali yang pertama, kerana ia akan menuntut lebih dan lebih lagi pada masa yang seterusnya. Sekali anda melihat video lucah..maka nafsu akan meminta untuk melihat lagi dan lagi. Akal dan iman akan ditolak tepi lantaran runtunan nafsu yang mengusai diri. Asasnya mudah, tapi dirumitkan dengan syaitan yang bijak mengatur strategi. Didiklah hati dengan menundukkan pandangan dari melihat sesuatu yang diharamkan dan boleh menggelapkan hati. Jagalah anggota tubuh badan dari bakaran api neraka. Jika kita tak mampu menahan panasnya api dunia, sanggupkah kita menerima panasnya api Neraka?. Begitu bicara seorang guru yang masih saya ingat sehingga kini. Semoga ia menjadi panduan buat saya dan semua.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Yang saya sangat khuatirkan atas kamu dua macam iaitu: Panjang angan-angan dan Menurut hawa nafsu. Kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat dan menurutkan hawa nafsu itu menghalangi dari kebenaran (hak)."

Seharusnya seorang muslim itu pendek angan-angannya kerana ia tidak mengetahui dalam nafas yang mana dia akan mati dan pada langkah yang mana dia akan mati.

Merawat Hati
Setujukan anda jika saya mengatakan banyak permasalahan jiwa manusia berlaku disebabkan hati yang ''sakit''?. Betapa besar fungsi hati sehingga mengundang pelbagai masalah jiwa dan menarik nikmat ketenangan dalam diri. Jiwa yang keluh kesah, tidak redha dengan sesuatu, sukar menerima kebenaran dan pelbagai lagi sifat mazmumah berpunca dari hati yang sakit. Dalam psikologi Islam, hati boleh dijaga dan dirawat dengan sentiasa mengamalkan mujahadah mengekang dan mengawal hati daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan mendisiplinkan diri untuk istiqamah melaksanakan perkara yang baik.

Perut yang lapar , Sahabat yang soleh, Mengingati dosa-dosa yang lalu dan Tidak panjang angan-angan adalah antara cara untuk menerangkan hati yang gelap. Ayuh teman!..mari kita berusaha untuk memiliki hati yang sihat dan merasa nikmat yang tidak terhingga dengan terbinanya jiwa yang tenteram dalam diri.

Aku suka miskin kerana ia tanda tawaduk pada Tuhanku,
aku suka penyakit kerana ia tanda penebus dosaku &
aku suka kepada mati kerana aku rindukan Tuhanku
- Abu Dardaa-

29 May 2008

26 April 2008

:- UKHTIFILLAH -:

Ukhtifillah
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
Dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu,
Kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci

Ukhtifillah
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati yang ikhlas,
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
Yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis doamu.

Ukhtifillah
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu,
Melainkan pada jalan yang kau pilih.

Seperti kisah wanita solehah di masa lalu
yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu,
menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
Dalam setiap denyut nadi kita

- YA ALLAH, Kurniakanlah daku cintaMu dan cinta org2 yang mencintaiMu serta amalan2 yang membawa kepada mencintaiMu -

:- BINGKISAN KASIH BUATMU MUSLIMAT -:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Entri kali ini khaaas untuk kaum sya..kaum Hawa seperti yang sy janjikan sblm ini..:)..Selamat bertemu kembali dengan anda, wahai saudariku!.. Salam penuh kerinduan buat sahabiah muslimat yang kusayangi, harap kalian semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Al-Khaliq, dipermudahkan di dalam segala urusan dan dijauhkan daripada azab api neraka.

Anda insan paling bertuah!
Anda semua, wahai saudariku...para muslimah yang sudah tentu andalah yang paling bertuah..Mengapa?..Mari kita renung semula sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, tiada penghormatan walau secebis dari kaum Adam. Tapi kini, bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia. Islam menobatkan wanita pada kedudukan yang tinggi tanpa sedikit pun penghinaan. Meletakkannya sebagai bidadari syurga atas segala keistimewaan miliknya selama ia dipelihara. Islam meletakkan wanita sesuai dengan fitrah kewanitaannya. Statusnya di sisi Allah tdk ada kurang atau lbhnya dengan mana2 lelaki. Cuma dari sudut kehidupan dunia, syariat menggariskan beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita yang mesti diakui. Ini berdasarkan kpd fizikalnya, fitrah dan nalurinya. Semuanya itu untuk menjaga kemaslahatan wanita dan lelaki itu sendiri.

Anda insan hebat!
“Tangan yang menghayun buaian itu, tidak mustahil bisa menggoncang dunia”, “ If the women does not want to be mother, nation is on its way to die”. Begitulah antara ungkapan2 yg lazimnya didengari. Era kepimpinan wanita telah bermula seawal ribuan thn yg lalu. Dari Cleopatra, Ratu Balqis sehinggalah Joan of Arc, dunia tdk pernah ketandusan dgn kuasa wanita yg bisa mengubah dunia. Namun, sifat wanita yg terkenal dgn daya sensitifnya yang tinggi dan hatinya yang ibarat sponge yg mudah menyerap segala molekul samada yang positif berupa nasihat dan teguran mahupun yang negatif berupa kutukan dan cacian..menjadikan wanita kdg2 hilang pertimbangan. Itu bererti wanita ini jiwanya amatlah lembut dan halus.

Kejamnya mereka!
Amatlah kejam bagi mereka yang sengaja membuat wanita ini terhiris dan menangis kerana kesedihan dan kemurungan yang dialami tdk bisa dirawat dalam masa yang singkat, malah mungkin seumur hidupnya hatinya terus terluka walaupun parut yang ditinggalkan hanya akan berdarah kembali jika disentuh semula. Semua itu membuatkan wanita itu semakin lemah dan tidak mampu menaikkan potensi dirinya walhal, potensi diri wanita amatlah hebat sekiranya ia digilap dan dididik dengan cara yg betul.Sekiranya dirinya disuntik dengan iman dan taqwa dan kiranya semangat mujahidah diterapkan setiap saat dan ketika. Ah..begitula ceritera wanita yang kadangkala sukar difahami kerana uniknya kejadian mereka. Bukankah wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau?.

Istimewa untukmu!
Saya baru sahaja usai membaca buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia karangan Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni.. yang cuba menyeru kaum wanita supaya sentiasa bahagia dengan agamanya, gembira dengan keutamaan Allah atasnya, bersuka cita dengan nikmat yang dimilikinya. Buku ini bak senyuman atau angin sepoi2 bahasa, membawa khabar gembira kepada siapa sahaja yang merasa sempit dadanya, bertindih2 kesusahannya dan semakin bertambah kesedihannya. Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah.

Berjanjilah dengan diri anda bhw dlm setiap saat satu pujian, setiap minit satu gagasan dan setiap jam satu tindakan. Sy pernah mengalami kelemahan jiwa yang paling hebat dalam hidup sy. Yang hampir membuatkan diri saya tak keruan..kesihatan yang sering terjejas. Air mata tak pernah kering dari pelupuk mata..justeru, saya tdk mahu saudariku yg amat kusayangi juga mengalami hal sedemikian. Sy tahu, setiap org punya perjalanan hidup yang sukar dimengertikan oleh org lain.

Bangkitlah...Bangkit Wahai Saudariku!
Bangkitlah wahai saudariku!..bangkitlah mengubati jiwa yang lara. Usahalah sebaiknya untuk mencipta kemajuan dirimu. Tinggalkan segala gundah dan lara itu sebagai rencah kehidupan yang terpaksa kau jalani. Lupakan apa sahaja yang menyesakkan dadamu dan kembalilah pd agamamu. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis
diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya dan Senyumlah - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Aduhai..banyaknya dosa2ku..
Saudariku, andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat. Jadikan semua itu sebagai jambatan utk kau menjadi lebih baik dari sebelumnya bukan semakin lemah!.Marilah, hulurkan tanganmu bersamaku untuk kita mengejar cinta Rabb..sungguh! sy tak mahu anda keseorangan menyesali dosa-dosamu dan mencari jln menuju cahaya sendirian seperti saya dahulu yang pernah ditinggalkan keseorangan terkapai2 mengutip sisa semangat yg hilang. Krn sy bimbang, anda tak kuat..krn perubahan itu perlukan bimbingan dan dorongan.

Apa yang perlu kulakukan?
Jika kesedihan bertandang, perihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu. Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada anda. Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat segala keinginannya. Ingat saudariku..jgn letakkan dunia di hatimu tetapi letakkanlah ia ditanganmu spy mudah kau mengawalnya.

Renungkanlah..
Renungkan wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?. Berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan. Yakinlah..anda sebenarnya cukup hebat..hebat jika meninggalkan kesedihan itu dan menggantikannya dgn semangat pengislahan diri yg jitu dan mantap. Jika dulu anda dizalimi.. siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu, justeru mengapa kita yg ingin menghukum?..serahkan semuanya kepada Dia untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut. Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap. Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.

-Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah spt menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tdk terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu-
- Berfikir positiflah nescaya anda akan menjadi seorang wanita yang cantik-

08 April 2008

:- OH..SUFIAH.. -:

Assalamualaikum semua..semoga hari ini menjadi hari yang luar biasa sihat dan luar biasa hebat. Hebat dari semua segi dan keadaan terutama iman kita lah. First day masuk semester baru, tiada apa yang menarik, apatah lagi ..rata-rata pensyarah masih belum bersedia untuk memulakan kuliah. Masa sy banyak dihabiskan untuk membaca buku-buku yang dibeli di Pudu Raya sebelum cuti bermula pada minggu lepas. Sy cadangkan, pengunjung blog, terutama yang wanita membaca buku karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni – Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia kerana saya kira olahan tulisannya mudah difahami dan dihayati. Bisa membuat hati yang rawan dan gundah menjadi lebih semangat dan ceria. Sesungguhnya wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. Wah..hebatnya wanita!. Entri akan dtg sy akan ulas lagi tentang motivasi untuk anda yang bergelar wanita. Ini kerana, kali ini sy ingin mengulas tentang isu si genius Sufiah.

Dari Wanita Untuk Wanita
Berbicara tentang wanita, sy yang sememangnya seorang wanita ingin mengulas tentang kisah seorang wanita yg menjadi isu hangat juga akhir-akhir ini. Siapa lagi kalau bukan cerita seorang gadis genius bernama Sufiah Yusof yang pernah menggemparkan dunia 10 tahun yang lalu kerana mampu melayakkan dirinya masuk ke Universiti Oxford, universiti ke-3 terbaik dunia seawal umur 13 tahun. Kecerdikannya dalam bidang matematik pernah memberi suntikan semangat kepada saya dulu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam matematik. Hasilnya, subjek itulah yang paling saya minati sehingga kini. Org Islam, malah org Melayu..seorang wanita pula tu mampu menjadi seperti itu..mengapa saya tidak?. Jika bukan saya sekalipun, tentu anak-anak saya dan generasi saya selepas ini juga mampu.

Namun, saya terasa teramat hiba bila membaca kisah Sufiah yang dikagumi itu pada hari ini telah terlibat dalam kancah pelacuran. Laporan akhbar News of the World keluaran Ahad lalu mengenai Sufiah mendedahkan Sufiah melacur untuk menyara hidupnya dengan menawarkan khidmat seks melalui internet dengan bayaran 130 paun (RM845) sejam.Sufiah mempunyai banyak kelebihan. Mengapa jalan itu yang dipilihnya?.

Malah amat meggolakkan hati ini bila membaca bahawa bekas suaminya Jonathan Ibraheem Marshall, 28, seorang Mat Salleh menyatakan bahawa rumahtangga mereka hancur kerana tidak bersefahaman lagi akibat Sufiah menjauhkan dari Islam sedangkan dirinya ingin lebih mendekati Islam. Marshall pelajar undang-undang berkahwin dengan Sufiah pada thn 2004 ketika umurnya 24 tahun dan Sufiah 19 tahun dan bercerai setahun selepas itu.

Bagaimana ini boleh tarjadi?
Sufiah menyatakan bahawa hidup di dalam keluarganya adalah `A LIVING HELL'. Ya, sememangnya Sufiah mempunyai masalah keluarga yang seolah-olah menjadikannya bertindak begitu. Hukuman penjara terhadap bapanya atas kesalahan mencabul kehormatan 2 anak gadis ketika mengajar tuisyen, mungkin salah satu bukti kepincangan institusi keluarga Sufiah. Malah, ada pihak yang mengatakan Sufiah tertekan dgn disiplin belajar yang terlalu ketat sejak dari zaman kanak-kanaknya. Namun, bagi saya, ada hadnya untuk seseorang menyalahkan zaman kanak-kanaknya dan keluarganya. Org boleh menyalahkan zaman kanak-kanak pada satu tahap, tetapi pada satu peringkat lain, mereka perlu bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk mereka sendiri...

Ya..setiap org punya ceritera tersendiri. Anda, saya dan mereka ada kisah hidup masing-masing. Ah..jika kita mahu menyalahkan org lain, kita bahkan tak mampu untuk hidup dengan tenang. Mengapa tidak cipta kemajuan untuk diri kita sendiri?..untuk Islam tentunya. Usah fikirkan untuk siapa. Kita mahu memberontak atas sejarah hidup yg tak seindah org lain?..untuk apa?..bahagiakah kita?..mahu hidup selama-lamanyakah kita di dunia ini. Apa matlamat hidup kita?..Masakan manusia sebijak Sufiah tidak mampu menangani situasi sebegitu?. Saya tidak menyalahkan Sufiah, cuma kdg2 saya sering terfikir, apakah faedahnya kita membalas suatu yang negatif dalam hidup kita dgn perlakuan yang juga negatif?.

Makanan Rohani
Mungkin betul kecemerlangan akedemik tanpa makanan rohani menjerluskan manusia. Tidak suka berkongsi masalah dan suka mencari alternatif negatif adalah sifat segelintir remaja untuk menunjukkan pemberontakan emosi. Melepaskan stress ke jalan yang salah merosakkan diri. Bagitu hebatnya cabaran mendidik anak remaja akhir zaman ini. Tiba-tiba saya merasa takut. Bagaimanakah anak-anak dan generasi sy selepas ini?. Mampukan mereka menjadi pewaris agama yang tentunya sy harap bukan sekadar umat Islam yang Islam hanya pada nama. Kdg2 anak-anak dididik dgn ilmu agama yang cukup, tapi masih tak mampu menjadi insan yang baik agamanya. Apatah lagi jika tidak diterapkan dgn nilai-nilai agama.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz, pembentukan personaliti anak-anak bermula dari diri kedua ibu bapa itu sendiri sebelum mendirikan rumahtangga. Yakinlah, sekiranya kita muhajadah diri dan sentiasa perbaiki diri bermula sekarang, anak-anak akan terbentuk dengan sendirinya (dengan kuasa Allah tentunya) dengan ciri-ciri muslim dan mukmin yang hebat. Jika kita tidak mahu menangis melihat kepincangan keluarga kita akan datang, berusahalah dari sekarang!. Ya..saya mungkin bukanlah org yg layak untuk membicarakan persoalan pendidikan anak-anak ini. Mendirikan rumahtangga pun belum lagi, namun lihatlah apa yg sy kata..jgn lihat siapa yang berkata kerana sy juga memperingatkan diri sy ketika menulis artikel ini.

- Sesungguhnya Tarbiyatul Aulad merupakan persoalan yang sangat penting, padanyalah bergantung kemaslahatan masa depan umat dan masyarakat. Oleh sebab itu, marilah kita berusaha untuk mendidik diri dan melahirkan generasi bertaqwa sebagai aset berharga utk masa dpn Islam -

:- FITNA...APA RESPON KITA -:

Salam kerinduan buat semua. Salam perjuangan dan salam kasih sayang. Cuti seminggu di rumah selepas final exam yang lepas, membuatkan entri kali ini dipost agak lambat. Maaf sekiranya pembaca sudah muak dengan isu yang sy ulas kali ini. Isu filem Fitna yang rata-rata mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Saya bukanlah seorang penganalisis yang hebat, juga bukan seorang pengomentar yang bisa membuatkan seluruh pengunjung bisa terdiam dengan hujah saya. Apatah lagi keterbatasan ilmu yang sy ada mungkin tidak mampu memberikan hujah yang terbaik.

Berkenaan isu ini sy tertarik dan bersetuju dengan sebahagian tulisan Saudara Faisal Tehrani, salah seorang penulis idola sy yang dimuatkan dalam akhbar Siasah keluaran terbaru. Saya petik tulisannya untuk dimasukkan di dalam entri kali. Saya mahu anda semua faham apa yang ingin saya sampaikan walaupun ini bukanlah sepenuhnya cetusan dari idea sy kerana ini juga berkenaan dgn tanggungjawab kita. Ya..tanggungjawab yang kita perlu lakukan susulan isu ini.

Sepanjang isu Fitna ini bergolak..sy seperti cacing kepanasan di rumah. Maklum sahaja, tiada capaian internet di rumah, sekadar dial-up yang lembap, itu tak mampu menunaikan hajat saya untuk melihat sendiri filem tersebut. Benda yang dikontroversikan, tentu sahaja mengundang rasa ingin tahu masyarakat umum, jadi..relevenkah apabila ada pihak mahu menyekat penayangan filem itu di internet tanpa sebarang hujah untuk menerangkan kepada masyarakat dunia?. Yang kita tahu, filem itu menghina Islam, lantas tidak wajar untuk disiarkan. Adakah hanya itu fungsi kita sebagai seorang muslim?.

Ada apa dengan filem Fitna?
Bagi sesiapa yang belum menonton filem ini, sy syorkan anda menontonnya sebelum memberi sebarang komentar, pandangan mahupun sebarang tindakan.
Untuk menonton, anda dikehendaki log in terlebih dahulu dan confirm birth date bagi membolehkan anda memainkan video tersebut. Bagi mereka yang belum lagi mempunyai akaun di youtube, anda perlulah sign up (percuma) dan kemudian ikut cara di atas. Fitna hanyalah sebuah filem pendek tidak sampai 15 minit. Ia disiarkan melalui internet di laman web liveleak.com oleh ahli politik dan perundangan Belanda, Geert Wilders. Jika dilihat, Fitna sebenarnya bukanlah sebuah filem yang mengandungi seni filem secara teratur. Fitna hanyalah kutipan-kutipan klip video, foto lama dan ditokok oleh suara latar yang dilakukan untuk menghujahkan bhw Islam adalah agama keganasan. Dan keganasan itu dipelajari dari Al-Quran. Kesannya, seluruh dunia Islam memberontak daripada Pakistan sampai Indonesia.

Anda berang dgn Wilders?..hakikatnya, anda tentu sahaja tidak boleh menyalahkan Wilders kerana dia memang tdk memahami isi kandungan al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri. Jadi, sebelum kita menunaikan hasrat untuk memulaukan barangan keluaran Belanda, atau membuat satu demonstrasi penentangan, cuba kita berhenti sejenak dan merenung semula niat tersebut. Apakah tindakan kita itu benar-benar didorong oleh akal yang waras, pertimbangan wacana yang tekun dan bukan bertunjangkan emosi dan cakap-cakap org sahaja?. Ini kerana kita perlu tahu yang Islam adalah berasaskan hujah dan bukan emosi.

Jadi, Salah Siapa?
Setuju atau tidak sekiranya saya mengatakan, kita seharusnya menyalahkan diri sendiri berhubung isu ini kerana gagal melaksanakan tanggungjawab utk menjelaskan kepada org lain dan org seperti Wilders bhw al-Quran adalah bukti kewujudan Allah dan Rasulullah dan menjelaskan bahawa Islam adalah agama selamat, aman dan makmur dan agama kasih sayang kerana Wilders dan sebahagian manusia di luar sana adalah mangsa salah faham terhadap Islam.

Siapakah yang menyebabkan salah faham ini?. Kita harus tahu, Fitna bukan mengenai Islam yg kita kenal. Ia mengenai Islam yang ditafsirkan secara sempit oleh org sesempit Wilders.. Geert Wilders hanya seorang ahli parlimen Barat yang bodoh, tdk menggunakan akal, tdk ada logis, beremosi dan tdk mahu mempelajari apa isinya Islam dan al-Quran serta apa ajaran Rasulullah yang suci.

Kritikan, serangan dan kebencian kuasa Barat terhadap Islam bukanlah sesuatu yg baru. Fitna lahir kerana kebencian terhadap Islam. Kita semua sepakat tentang itu. Tetapi, pernahkah kita bertanya mengapa Islam begitu dibenci?. Tahukah kita yang Islam dibenci mungkin kerana adanya umat Muslim yang gagal membawa akhlak Islam yg sebenar?. Lantas memberi gambaran yang buruk terhadap Islam?. Jadi, yg mendatangkan fitnah sebetulnya bukan Fitna. Tetapi umat Muslim sendiri

Mahukah kita?
Kita mahu jadi org yang beremosi seperti Wilders?. Menyatakan sesuatu tanpa kajian dan akal yang waras?. Sebagai contoh, Fitna memaparkan gambar wanita dikenakan hukuman hudud kerana berzina, lantas seolah-olah menggambarkan kejamnya Islam. Kita tahu bukan, yang hukuman hudud hanya berlaku sekiranya syarat-syaratnya cukup. Kita juga tahu yang hudud sebagai hukum Islam dilakukan sebagai satu pencegahan untuk seluruh masyarakat. Bukankah tugas kita untuk meningkatkan kerja dakwah kita bagi menjelaskan Islam itu bagaimana, hudud pula macam mana. Sedangkan menteri kabinet Malaysia yang beragama Islam sendiri ada yang anti hudud kerana beranggapan hudud itu barbarik?. Apakah Fitna sahaja wajar disalahkan?. Apakah Wilders sahaja yg bersalah sedang ada peguam beragama Islam sendiri mendakwa hukum hudud itu kejam?.

Nah, kita yg tahu mengapa tidak bertindak memberitahu?. Supaya tiada lagi orang seperti Wilders yang menjadi mangsa salah faham. Supaya tidak ada lagi fitnah selepas Fitna. Kita kini memahami bahawa Fitna yang dibikin oleh Wilders adalah fitnah ke atas Muslim; kerana umat Muslim sendiri gagal membetulkan fitnah yang dilakukan oleh sebahagian umat yang kewujudannya sendiri adalah fitnah. Filem Fitna ini tidak akan memberi apa-apa kesan sekiranya umat dunia faham hujah dan fakta sebenar.

Jadi, Apa Tindakan Kita?
Pemboikotan barangan Belanda, hanyalah memberi kesan yang sementara. Mereka akan membuat lagi. Jadi, harapan yang kita punya adalah melawan semula. Kita betulkan apa yang tidak betul di kalangan umat Muslim. Kita juga wajar meningkatkan kefahaman terhadap Islam sebenar. Mendalami ilmu-ilmu yang ditawarkan oleh al-Quran untuk menjawab kembali Fitna serta ketakutan tidak bersebab terhadap Islam.

Galilah Islam menerusi sumber al-Quran dan sunnah. Kita juga harus menguasai ilmu seni, seperti seni filem, seni mengarang dan bermacam lagi seni budaya yang nampaknya digunakan oleh orang seperti Wilders, kartunis Denmark dan Salman Rushdie utk menyerang Islam.

Dengan Fitna, ketahuilah kerja kita untuk mempertahankan Islam dari dalam begitu banyak!.
- The pen is mightier than the sword. Ini ruang kita, ini pentas kita. Berhujahlah dengan ilmu dan akal -

20 March 2008

:- SALAM MAULIDUR RASUL -:

Hari ini tanggal 12 Rabiulawal 1429 Hijrah, ulangtahun keputeraan insan teragung yang menyinari kehidupan umat akhir zaman dengan cahaya keimanan ... Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog yang saya kasihi dan sayangi. Semoga iman dan amalan kita semakin hari semakin baik sebagai bekalan untuk bertemu denganNya. Dan semoga hari ini kita lebih terpanggil untuk menghayati sirah berharga Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW untuk menambahkan lagi kecintaan kita terhadap Baginda, juga sebagai panduan untuk kita menulusuri perjalanan hidup ini berdasarkan role model yang cukup sempurna akhlak dan peribadinya.

Aku Cinta Padamu?
“Tak kenal maka tak cinta”..Bukan mudah untuk mencintai orang yang kita tidak pernah lihat wajahnya, kita tidak pernah bertemu dengannya, malah kita tidak pernah hidup sezaman dengannya. Tp, semua itu adalah bergantung kepada usaha kita untuk mengenalinya. Nabi sendiri lebih mencintai umatnya di akhir zaman yang tidak pernah bertemu dengannya tetapi beriman dengan sebenar-benar iman..Bila merenung ke dalam diri, siapalah saya untuk mencintai insan semulia baginda..Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah, kerana dia insan mulia, sedangkan diriku insan biasa. Ku pujuk jua hati dan jiwa, meluahkan rasa cinta membara…hari ini apabila saya sengaja meninjau maktabah upsi, terpandang pula sebuah buku kecil yang ditulis oleh Dr 'Aid Abdullah al Qarni tentang keperibadian Rasulullah SAW. Sebuah buku yang baik untuk menambah ilmu kita tentang baginda sebagai qudwah dan ikutan kita.

Rasulullah SAW memang seorang manusia yang patut dirindui serta dicintai melebihi insan-insan lain di dunia ini. Malangnya kita lebih mengejar cinta manusia lain yang nyata kdg2 semakin membuatkan kita semakin lalai dan alpa. Janganlah kita selalu memberi pelbagai alasan untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam hingga rasa cinta dan rindu padanya tidak dapat berputik dan tidak dapat membuahkan keimanan yang dapat menghidupkan jiwa.

Wahai kekasih, aku merinduimu..
Tika sendiri terkenang kembali pada dirimu oh kekasih…Dikau mutiara permata berharga, kau satu tiada bandingannya.. Kehadiranmu sinar gemerlapan, cahaya murni kehidupan… Perginya dirimu satu kehilangan, Agung namamu di ingatan.. Wahai kekasih yang disanjungi, kasih sayangmu tak terperi..Kejujuranmu jua tulus budimu, tersemat di dalam kalbu… Pelbagai rintangan cabaran mendatang, diharungi dengan kesabaran.. Ketabahan diri kekuatan iman, azimat dalam perjuangan.. Hadirmu kekasih bawa ketenangan.. Kedamaian dan kebahagiaan.. Pengorbananmu lambang kemegahan, Jasamu jadi sanjungan.. Tenatnya dirimu di perbaringan.. Wahai kekasih yang dirindui, padamu janji dipatri.. Sepenuh jiwa korban segala, mengenangmu selamanya..

Tiba-tiba hati ini merasa begitu rindu kepada manusia yang telah banyak berkorban untuk cahaya keimanan ini dan menyinari kehidupan manusia hingga manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan keburukan serta kemuliaan dan kehinaan. Mengalir air mata apabila menghayati lembaran-lembaran sirahnya yang mulia. Hadiah kepada baginda berupa selawat pun kdg2 kita tak mampu lakukan setiap waktu dan detik. Mulut sering mengalunkan bait2 lagu dan perkataan yang langsung tidak menambahkan penghayatan kita pada agama.

Menangislah Wahai diri..
Di belakang seorang lelaki yang hebat, tentunya ada wanita yang juga hebat sebagai penguat, pendorong dan pembantu yang paling setia. Semoga saya juga menjadi asbab kehebatan seorang suami suatu hari nanti..Menangis lagi diri ini mengenangkan kemuliaan peribadi isteri baginda Saidatina Khadijah. Saidatina Khadijahlah wanita kaya yang hidup dalam kemiskinan setelah seluruh hartanya dikorbankan untuk dakwah yang didokong oleh suaminya yang tercinta. Saidatina Khadijahlah yang sentiasa disampingnya ketika masyarakat Quraisy menentang keras dakwah Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah yang pernah hidup mewah itu sanggup hidup kelaparan di samping baginda ketika umat Islam diboikot selama 3 tahun hingga menyebabkannya sakit tenat dan berakhir dengan kematiannya.

Sayunya apabila terkenangkan peristiwa di Taif yang cukup menyayat hati. Saya tidak dapat membayangkan lelaki yang di hatinya penuh kecintaan dan harapan untuk kebahagiaan manusia dilayan seburuk itu oleh tetangga keluarga susuannya. Terasa sebak membayangkan darah-darah yang mengalir melalui betis baginda dan membasahi bumi Taif itu sedangkan pada tubuh yang dibasahi darah itulah terdapat sekeping hati yang padat dengan kecintaan pada umat manusia. Apabila ditawarkan malaikat untuk membinasakan bumi Taif itu...baginda menolak, katanya "Jika mereka tidak beriman, mungkin dari sulbi mereka nanti akan lahir zuriat-zuriat yang beriman". Bahkan Rasulullah doakan kebaikan untuk mereka. Alangkah..alangkah besar kecintaan Rasulullah pada umatnya.

Untuk apa semua pengorbanan itu?. Adakah untuk kepentingan dirinya sendiri?. Adakah untuk harta dan kekayaan, pangkat dan kedudukan?.. bukankah semuanya untuk kita?.. Untuk kita beriman dan selamat dari azab siksa neraka, untuk kita mengenal kebenaran dan kebatilan dan untuk kita benar-benar mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Cintanya Rasulullah SAW pada umatnya
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta dan kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan di luar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.

Kasih baginda tak pernah padam hinggalah suatu pagi, pagi yang bersejarah, pagi yang suram dan penuh dengan kedukaan.....
Apabila malaikat maut datang menghampirinya, baginda bertanya kenapa Jibril tidak bersamanya. Kemudian dipanggil Jibril yg sebelumnya bersiap di atas langit dunia menyambut roh baginda.

“Jibril, jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah ?”. Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit sudah terbuka, malaikat sedang menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Namun jawapan itu tidak membuatkan Rasulullah lega, malah matanya masih penuh keresahan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”. Tanya Jibril. "Khabarkan kepadaku, bagaimanakah nasib umatku kelak?”. "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya," kata Jibril. Ketika itu barulah nampak tanda-tanda kelegaan pada wajahnya yang mulia itu.

Detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat leher baginda menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di samping baginda tunduk dan Jibril memalingkan mukanya.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yg tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai sejuk, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar-getar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu, saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Peliharalah solat dan peliharalah orang lemah di antara kamu."

Begitulah saat-saat akhir manusia agung yang jiwanya dipenuhi rasa kasih pada umatnya. Setiap detik hayatnya adalah untuk umatnya, setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan umatnya serta setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup umatnya. Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang. Kasih sayang yang tiada ukurannya untuk kita. Marilah kita sama-sama membasahkan lidah kita dengan alunan selawat kepada baginda, mengenang baginda dan sirahnya tiap saat dan ketika. Walaupun tak cukup rasanya semua itu untuk membalas cinta baginda kepada kita, namun mulakanlah dengan apa yang terdaya dan terbaik!.

-Rasulullah, dalam mengenangmu, kami susuri lembaran sirahmu. Pahit getir perjuanganmu, membawa cahaya kebenaran. Ya Rasulullah, indahnya akhlak dan peribadimu, membuat ku malu dengan peribadiku. Ya Rasulullah, besarnya kecintaan pada umatmu ini, membuatku rasa terbuai-buai dengan alunan cintamu. Ya Rasulullah, besarnya jasamu, sesungguhnya aku tak terbalas segala jasamu..-

11 March 2008

:- PRU-12..SATU ANALISIS..-:

PRU12 telah berlalu dengan aman damai. Keputusan pilihanraya yang mengejutkan!, itulah yang diperkatakan oleh ramai orang. Ada yang sedih dan ada yang tersenyum.. Alhamdulillah..selautan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT atas kemenangan BA di 5 buah
negeri.

Mimpikah saya?
Sekitar hari pengundian, seharian saya berada di tempat membuang undi. Keletihan yang menghambat, membuatkan saya terlena usai sahaja solat isya’. Bangun saya dikejutkan dengan berita yang sememangnya memeranjatkan. Seolah-olah berada di alam mimpi apabila negeri kelahiran saya juga hampir pasti milik Barisan Alternatif. Seorang DJ di sebuah setesen radio mengulaskan ini sebagai bukti demokrasi di negara ini subur. Bagi saya tidak, memang benar masih ada demokrasi tetapi amat-amat tempang. Bagi saya BA menang bukan kerana proses demokrasi dijalankan secara adil, tetapi kerana rakyat bangkit secara besar-besaran

The tribe has spoken!
Semuanya telah terjawab dengan jelas. Tiada kias!

BN won in heavy defeat!
A new learnings for everybody. The script is different now.

Cabaran untuk BA
Mampukah BA melaksanakan manifesto yang dijanjikan?. Ramai yang mempersoalkannya kerana di sini letaknya kepercayaan rakyat. Secara logik, sememangnya agak mustahil kerana kerajaan pusat masih di tangan BN. Bezanya, kali ini suara pembangkang semakin ramai. Cabaran besar untuk BA kerana sepanjang 4 tahun ini jugalah rakyat menilai kepimpinan mereka di 5 buah negeri. Sudah pasti, bukan satu tugas yang mudah kerana tentu sahaja pelbagai cabaran, sekatan dan halangan untuk merealisasikan janji mereka kepada rakyat. Sedangkan rakyat yang gagal memahaminya, tentu akan berpaling tadah pada PRU ke 13 nanti. Kepada penyokong dan pendokong Barisan Alternatif, janganlah kemenangan ini membuatkan kita bongkak, lalai, leka dan angkuh. Ingatlah bahawa kemenangan ini adalah kurniaan Allah maka seperti yang disebut dalam surah an-nasr, raikanlah kemenangan ini dengan bertasbih dan beristighfar kepada-Nya. Semoga Allah pelihara kemenangan ini.

BN says that they will come back better next time. Everyone hopes they will but BA will obviously not let the past haunts them. The next four years is going to be their testimony.

A new branding is obvious for every political party.

Sebuah Catatan Perjalanan
Cerita-cerita basi tak mungkin disantapi lagi. Dunia semakin moden. Minda semakin terbuka. Budaya dan polemik politik kekampungan bukan lagi menjadi intipati. 82% pengundi muda di kawasan bandar terutamanya di bandar-bandar besar telah membuat percaturan yang agak bagus dengan memberikan undi mereka kepada Barisan Alternatif yang mempamerkan calon-calon yang berwibawa terutamanya calon yang masih muda.
Kekalahan beberapa nama besar dalam Barisan Nasional (4 Menteri dan 10 Timbalan Menteri, 1 Ketua Menteri, 3 Menteri Besar) adalah disebabkan oleh faktor salahguna kuasa yang amat berleluasa, rasuah, balas dendam (insiden dalaman parti) dan juga faktor calon (imej kurang bersih) yang membuatkan rakyat jelek dan jemu.

Tahaluf Siasi
Bibit-bibit perselisihan mula kedengaran di antara parti komponen di dalam BA terutamanya dalam isu pemilihan MB Perak. Pakatan politik atau tahaluf siasi dengan parti komponen BA sememangnya suatu jaminan kemenangan masa depan. Oleh sebab itu, prasarana yang memperkukuh kesepaduan matlamat dan gerakerja sangat perlu diperkasa dari sekarang. Siapalah saya untuk membicarakan persoalan ini, namun kebimbangan masyarakat terhadap DAP perlu diperhalusi. Kaedah pendekatan, dakwah dan strategi yang sesuai perlu dilaksanakan untuk menjamin kepimpinan BA terus mapan dan utuh di masa hadapan.

Kerja Kita Lillahitaala

Kepada Barisan Alternatif yang kini memegang kuasa di Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, contoh yang terbaik dalam pentadbiran kerajaan negeri perlu ditunjukkan kerana dengan ini ianya akan memberikan peluang besar kepada negeri-negeri lain yang belum dikuasai oleh Barisan Alternatif menilai contoh yang ditonjolkan.Demi Sesungguhnya, anda semua (Pimpinan Barisan Alternatif) adalah hamba kepada semua rakyat Malaysia.

Apa pula tugas kita sebagai generasi Islam ?. Mungkinkah kelambatan kemenangan Islam adalah disebabkan oleh generasi muda Islam hari ini ?. Generasi muda Islam hari ini tidak kenal erti pengorbanan, tidak kenal erti perjuangan. Mereka sentiasa berada dalam zon keselesaan dan kelalaian. Ayuh sahabat-sahabat, kita bangkit dari lena yang panjang.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’ad ayat 11 yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"..Oleh itu, ayuh kita bina kekuatan diri. Kita perlu bangkit bersama-sama mengubah diri kita untuk memastikan kecemerlangan Islam hari ini semakin baik di masa hadapan.

Masa untuk Muhasabah
Muhasabah sememangnya dituntut dalam Islam. Mungkin banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan. Dalam cakap-cakap kita seharian, kita sering menuduh bahawa UMNO sering bersikap ‘tidak dengar buah fikiran orang’. Segala komen dan nasihat PAS ibarat mencurah air ke daun keladi. Tapi, realitinya pemimpin Pas juga jarang benar menerima pandangan, kritikan dari luar dan mudah melenting dengan teguran. Taksub dengan kebolehan sendiri. Itu kata mereka. Adus..bisanya. Walaupun ada benarnya apa yang mereka kata, tp terasa juga pedihnya. Apapun, semua itu asam garam sebuah perjuangan. Segala kritikan, pandangan dan cemuhan itu adalah satu cabaran untuk kita memperbaiki dan menguatkan kita ke arah yang lebih baik.

Bukankah pernah diceritakan betapa dalam medan juang ini penuh dengan mehnah dan tribulasi , bukankah kita sudah mengetahui tentang adanya gejala futur yang sering terjadi ke atas diri pejuang, berpunca daripada tentangan dalaman dan luaran...apakah kita sering sahaja mendengar khabar-khabar yang indah tentang perjuangan yang sedang kita bawa sekarang, jika ada yang masih bertahan walaupun teruk diuji, maka dialah pejuang yang istiqamah...begitulah antara bicara dari Ustaz Nik Abduh.

Untuk akhirnya..mari kita sama-sama renung kata-kata ini : Bukan kecil langkahmu para mujahid, berpanas, berhujan, kesejukan dan dipenuhi keringat, air mata dan darah..Namun,biar langkahmu bertatih asal ianya penuh yakin. Sambunglah rantaian itu dari dulu hingga sekarang..Tugas kita bukan kecil..kerana mengajak manusia ke arah kebenaran tatkala mereka hanyut dalam kealpaan rupanya lebih sukar dari bermandi darah di medan perang. Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita..bukan sekadar untuk menyedarkan mereka dan memantapkan diri sendiri tetapi untuk mengangkat darjat dan kemuliaan agar Islam teragung buat selama-lamanya!!. Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku. Kerana jalan ini tidak ditaburi mawar,tidak dihampar karpet merah. Tidak pula kita disanjung, malah terkadang dihina. Namun yang pasti perjuangan kita masih belum selesai kerana ramai yang masih menanti sentuhan kita...Ayuh!!

-Biar Rebah Jgn Berubah, Biar Terbuang Terus Berjuang, Senyum Mujahid Menuju Syahid -

07 March 2008

:-LAYAKKAH AKU DIGELAR PEJUANG ISLAM??-:


Salam Perjuangan dan Salam Penuh Kasih Sayang buat teman seperjuangan dan pengunjung blog,
Sebentar lagi saya akan berangkat pulang ke kampung. Menunaikan tanggungjawab dan membantu seadanya untuk kemenangan Islam. Saat ini baru sahaja saya berkesempatan menulis di blog ini. Hati ingin benar mencoretkan sesuatu di sini sejak beberapa hari yang lepas buat tatapan pengunjung, namun ketidakupayaan saya menyusun waktu dengan baik, membuatkan saya merasa diri ini tidak punya masa. Sibuk, tiada masa, banyak kerja..itu adalah ungkapan yang sering kita gunakan tatkala kita cuba memberi alasan apabila tidak mampu melaksanakan sesuatu. Saya ingin sekali mengelakkan penggunaan ungkapan-ungkapan itu lantaran saya yakin, kesibukan ini apalah sangat jika dibandingkan kesibukan para pejuang Islam terdahulu..

Saya semakin lemah?
Dalam kondisi saya menjalani pengajian ‘ekspress’ ini, saya seolah-olah terasing dalam dunianya yang tersendiri. Semuanya seolah-olah hanya bersifat dan berorientasikan kehidupan duniawi sekiranya kita gagal membetulkan niat kita setiap hari. Hidup semakin lagha tanpa teman-teman yang sama-sama menghalang semua itu berlaku. Program malam kelmarin, telah tercatat dalam kanvas kehidupan saya sebagai program paling bodoh yang pernah saya sertai. Jika tidak kerana termasuk dalam silibus kursus, saya yakin akan memulaukan program seumpama itu. Tidak salah program-program hiburan sebegitu, tp biarlah pengasingan antara lelaki dan perempuan dilakukan. Amat memalukan apabila lelaki dan wanita bersenam aeorobik bersama-sama sambil ditatap dan ditonton oleh yang lain. Matlamat sering menghalalkan cara… Saya terlalu syadid?..Apapun persepsi anda, itulah saya..hati libang libur kesedihan bila terpaksa berada bersama-sama dalam keadaan sebegitu tanpa mampu menghalangnya. Di sini saya amat menyedari betapa pentingnya duduk dalam jemaah dan menarik semua orang memahami Islam agar kita tidak lemah untuk mencegah sesuatu yang mungkar. Orang di luar sana sibuk membuat persiapan untuk bertempur memenangkan Islam, tapi kita di sini berhibur dan bersantai dengan program seumpama itu.

Manjakah saya?
Minggu lepas, sempat juga saya ke Slim River, membantu gerakerja di sana. Apalah sangat yang saya mampu bantu dalam waktu tempoh sehari itu. Namun, saya gagahkan tekad membatalkan semua group discussion ke satu tempoh yang lain semata-mata perasaan bersalah apabila tidak sama-sama membantu. Rasanya ini pertama kali saya pergi berkempen dan merayu undi dari satu rumah ke satu rumah. Sebelum ini saya hanya terperap di bilik gerakan membuat kerja-kerja dalaman. Suasana perjuangan kita di sini sememangnya cukup selesa jika hendak dibandingkan perjuangan Rasulullah SAW, tp kita seringkali mengelak kesusahan-kesusahan yang kecil sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawab itu. Manjakah saya bila sering menjadikan kesusahan dan kesibukan itu sebagai alasan?..Manjakah saya bila masalah peribadi menjejaskan prestasi dakwah kita?..mungkinkah saya pejuang yang sering dimanjakan, walau pada hakikatnya perjuangan itu tidak akan dihampar dengan karpet merah...membaca blog adik-adik seperjuangan yang masih di alam kampus, semangat saya yang hampir pudar naik kembali. Saya harus bangkit semula!..

"Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku. Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah !!"

Nak menangkan Islam?
Untuk menang dalam perjuangan menegakkan Islam, banyak syarat-syaratnya.. Bukankah dakwah dan perjuangan itu berjalan dalam banyak aspek dan waqi'?..tetapi fokus yang ingin saya tekankan adalah ketaatan kepada Allah. Ketaatan kita kepada Allah dengan sebenar-benar ketaatan. Ketaatan sebagai hambaNya yang mengaku memperjuangkan agama ini biarlah lebih tinggi dari hambaNya yang lain. Ramaikah antara kita menjaga solat fardhu di awal waktu?..Berapa ramai pulakah pejuang Islam yang istiqamah solat Subuh berjemaah?..siapakah antara kita yang membuat qiamullail setiap malam?..Siapa pula yang istiqamah puasa sunat setiap Isnin dan Khamis?..Itulah asas diri sebagai seorang daie. Apakah yang dapat saya bantu untuk memenangkan ISLAM?. Ya..itulah tanggungjawab utama saya untuk membantu..iaitu dengan ketaatan dengan sebenar-benar kepada Allah..seiring dengan gerakerja jemaah di markas atau bilik gerakan. Mengapa perlu disempitkan keyakinan untuk membantu perjuangan?.. Jika kalian bukan mereka yang petah berpidato, berceramah umum atau yang menjadi agen kempen, mengapa tidak menyumbang walau hanya dengan usaha rohani itu. Usaha yang ikhlas itu sebenarnya sangat bermakna di sisi Allah, percayalah…

Kembali pada sejarah
Sejarah perjuangan umat Islam cukup banyak mengajar kita tentang perkara ini. Allah SWT pernah tidak kabulkan solat hajat Nabi Musa a.s. dan pengikutnya untuk mendapatkan hujan hanya kerana ada seorang dari beribu-ribu pengikut Nabi Musa a.s. yang turut solat hajat ketika itu telah melakukan dosa. Allah SWT hanya akan kabulkan solat hajat mereka setelah seorang yang berdosa itu melakukan taubat sungguh-sungguh.
Panglima Salahuddin Al-Ayubi pula hanya membawa ke medan perang tenteranya yang bersembahyang malam, berzikir dan berwirid, membaca al-Qur’an dan melakukan hal-hal yang sunat sepanjang malam. Mereka yang tidur malam tidak dipilihnya untuk berperang, padahal beribadat malam bukanlah wajib manakala tidur malam pula bukanlah berdosa. Namun Salahuddin tinggalkan yang tidur malam, takut-takut atas sebab mereka tidak merasakan perlu kepada Allah SWT ini maka Allah SWT tidak menghulurkan bantuan dalam perjuangan mereka menentang musuh. Begitulah juga dengan Sayidina Umar yang mengarahkan tenteranya bersugi, membetul dan merapatkan saf sembahyang kerana beliau mengetahui atas sebab-sebab sifat berakhlak dengan Allah itulah Allah SWT akan memenangkan mereka

Layakkah saya digelar pejuang Islam?
Memang tidak layak untuk diri ini bergelar pejuang Islam, mujahidah Islam, pendakwah dan apa jua gelaran yang sealirannya andainya perkara seaula ini (ketaatan dengan sebenar-benar taat kpd Allah) pun tidak dpt dipenuhi. Tertanya-tanya di benak diri, mana mungkin usaha dakwah kita, amar ma’ruf nahi mungkar menjadi sukses kerana dalam waktu yang sama, diri kita sendiri terkapai-kapai. Bagaimana kita hendak berjaya membentuk orang lain sedangkan diri kita masih tidak terbentuk. Hubungan kita dengan Al-Khaliq semakin hari semakin rapuh umpama dimamah anai-anai.

Justeru, koreksilah diri bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta, adakah hari ini lebih baik dari semalam atau sebaliknya dan sentiasalah kita muhasabah diri samada layakkah kita untuk berdiri bersama-sama mujahid Islam yang hidup mati mereka kerana Allah?

- Wahai Al Khaliq...Aku Memberikan seluruh jiwaku hanya untuk agamaku, Aku meletakkan seluruh penghidupanku hanya untukMu, Aku mempertaruhkan seluruh masaku untuk amal kepadaMu, Aku menghadiahkan setiap titis darah ini ke jalan syahid menujuMu-

26 February 2008

:- SRIKANDI -:

“Cintailah Allah nescaya kau disenangi dunia. Kejarlah Allah nescaya dunia mengejarmu. Jangan sesekali mengejar dunia kerana Allah akan meninggalkanmu dan dunia berpaling menipu daya dirimu. Utamakanlah pandangan Allah kerana pandangan manusia adalah suatu matlamat yang mustahil dapat dipenuhi. Ikhlaskan hati, jernihkan matlamat, bersihkan tujuan tulus ikhlas semata-mata kerana mengharapkan redha Allah SWT. Hunuskanlah pena kebenaran untuk membangkitkan umat dari kelalaian terutamanya golongan pemuda-pemudi harapan agama”

25 February 2008

:- MANIFESTO BA SELANGOR:-

BA Selangor tawar: Bersih, Maju dan Berkebajikan
"Rakyat Selangor merupakan pengundi senyap dan kita menaruh harapan supaya pengundi Melayu mengembalikan sejarah pilihan raya 1999 yang mempunyai empat Adun PAS dan seorang KeADILan," DATO' DR HASAN ALI


:- UNDI..UNDI -:

PRU umum ke-12 semakin terasa bahangnya. Calon di setiap parlimen dan DUN sudah diketahui. PRU kali ini adalah kali pertama saya akan memangkah kertas undi. Tapi malangnya saya masih tak dapat terlibat sepenuhnya dalam gerakerja pilihanraya kali ini memandangkan saya masih bergelar seorang mahasiswa. Bukan masalah AUKU, tp kesibukan kuliah, ujian dan assignment untuk program DPLI kali ini membataskan pergerakan saya, malah lebih perlahan jika nak dibandingkan semasa saya dalam kursus Ijazah Sarjana Muda dahulu. Jika pilihanraya 2004 saya bertugas di Shah Alam, bersama-sama shbt2 ISIS UTM yang lain, kali ini mungkin saya hanya berada di Tg Karang, itu pun jika kuliah pada hari Jumaat nanti dapat diawalkan.

Inilah calon yang bakal saya undi. Undi saya tidak rahsia.. :)

Peringkat Parlimen : P095 Tanjong Karang –
Mohamed Hanipa Maidin (PAS)
Peringkat DUN : N08 Sungai Burong –
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (PAS)


-"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."-SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ-

:- DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA. ADAKAH ANDA TAHU HAK ANDA? -:

- BELIA KE ARAH PERUBAHAN –

“Ana balik mengundi tak?..Mariam?”..sorang demi sorang saya bertanya kepada sahabat2 kelas saya yang rata-ratanya mmg dah cukup umur untuk mengundi. Tp hampir kesemua jawapan yang diterima amat mengecewakan. Samada tidak mahu balik mengundi atau tidak mendaftar sebagai pemilih. Kesedaran dan keprihatinan yang amat kurang di kalangan generasi muda, apatah lagi orang Melayu yang tentunya beragama Islam. Saya tidak mahu bercakap dari sudut kewajipan kita mengundi dalam konteks jemaah. Atau menjelaskan kepada mereka dari sudut kewajipan nak membentuk daulah Islamiyah. Pembicaraan saya tentunya berbeza apabila berhadapan mereka yang rata2 fikrahnya tidak sama dengan saya. Tentu sahaja minda dan mata mereka perlu dibuka dengan isu-isu yang global. Kesedaran untuk sama-sama merasai situasi politik negara harus diberi perhatian terlebih dahulu.

Terdapat 4.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi berdasarkan undang-undang, tetapi masih belum dan tidak mendaftar. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman, daripada jumlah itu, di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dikesan hampir sejuta rakyat belum mendaftar, manakala di Johor Bahru membabitkan 170,000 individu dan 90% dari jumlah itu adalah MELAYU!.
Keadaan ini akan menjadi semakin buruk pada setiap tahun apabila seramai 250,000 pemilih baru layak mengundi dan jika ditambah jumlah mereka yang enggan mendaftar, jumlahnya akan menjadi lebih besar. Kuasa politik sahajalah yang tinggal pada orang Melayu ketika ini. Kuasa ekonomi?..sudah jelas kita jauh ketinggalan. Kuasa ilmu, teknologi dan pengetahuan?..kita juga sebenarnya jauh tertinggal, cuma mungkin kita diberikan banyak peluang atas nama orang Melayu. Tetapi, masih terlalu ramai yang tak menyedarinya betapa pentingnya mengambil tahu hal politik negara.

Untuk PRU ke-12 ini, mungkin sudah terlambat bagi sesiapa yang baru tergerak untuk mendaftar sebagai pemilih. Namun, pilihanraya akan datang masih ada. Jangan bertangguh..bukan susah untuk mendaftar, hanya perlukan sedikit kesedaran.


Apakah itu pilihanraya?

- Sebenarnya pilihanraya merupakan suatu proses yang penting bagi pengundi melibatkan diri dalam menggubal polisi negara. Melalui pilihanraya, pengundi boleh membuat penilaian terhadap calon ataupun parti-parti politik dari segi prestasi, perspektif serta cara pentadbiran.
- Pilihanraya bukanlah suatu pertandingan memasang bendera, mahupun pertandingan belanja makanan. Sebaliknya pilihanraya adalah suatu pertandingan bagi memastikan siapa yang dapat mengemukakan polisi yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
- Pilihanraya juga dianggap sebagai penilaian terhadap prestasi pentadbiran kerajaan. Sekiranya prestasi kerajaan kurang memuaskan, rakyat boleh membuat keputusan bagi memilih wakil rakyat yang mampu berkhidmat untuk mereka. Lain kata pilihanraya merupakan suatu pertandingan bagi memastikan siapa yang mampu melaksanakan dasar negara. Pilihanraya merupakan masa yang paling sesuai untuk para wakil rakyat menyampaikan manifesto yang konkrit dan bukannya cakap kosong sahaja.

Bolehkah pilihanraya mengubah kehidupan kita?

- Meskipun pilihanraya tidak semestinya dapat mengubah kehidupan kita, namun tanpa pilihanraya kehidupan kita lagi tidak dapat diperbaiki. Tenaga seorang memanglah terhad. Tetapi, kita dapat memulihkan sesetengah perkara sekiranya rakyat bersatu dan berpadu.
- Wakil rakyat yang terpilih melalui pilihanraya yang bebas, adil serta saksama akan mengutamakan faedah rakyat, menggubal polisi yang memanfaatkan rakyat dan negara.
- Pilihanaraya patut mengakui kepada prinsip “minority mengikut majority”. Dengan demikian, calon atau parti politik yang menang dalam pilihanraya akan memerintah negara dan melaksanakan kehendak majoriti. Malah, pada masa yang sama mereka tidak boleh mengabaikan keperluan minoriti.

- Jangan biarkan mereka terus terabai....jangan biarkan mereka terus tertinggal...jangan biarkan mereka menyesal ....anda bijak, anda pandai...anda berotak dan anda berfikiran....anda mumayyiz anda baligh..dosa dan pahala di tangan anda...anda mampu mengubahnya...-

13 February 2008

:- DETIK KEMATIAN -:

DAUNKU TELAH GUGUR DISAMBUT IZRAIL. KUNING DAN KERING...

Tarikan nafas saya terasa amat payah, bagaikan ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Dada saya berombak. Saya gagahkan jasad ini bersandar ke dinding. Tangan kanan saya letakkan di dada. Sesekali saya batuk. Harga tarikan nafas terasa amat mahal. Kematian seolah-olah tebayang di depan mata. Rasa insaf berbaur keazaman untuk bertaubat. Teringat kembali dosa yang telah dibuat. Dosa tangan, dosa mata, dosa hati dan dosa seluruh anggota badan. Terbayang wajah si polan dan si anu yang pernah dikhianati dan disakiti. Satu demi satu terbayang wajah keluarga dan sahabat-sahabat. Tetapi di manakah mereka waktu ini?.

Apakah selepas ini Malaikat Maut akan berkunjung?. Saya mula takut. Apa bekal yang telah saya sediakan untuk dibawa dalam perjalanan nanti? Tiba-tiba saya rasakan tarikan nafas semakin payah. Dada saya pula semakin sakit, kepala saya mula pusing. Ya Allah!, saya dengar suara memberi salam. Malaikat mautkah?.

Itu mereka telah datang, mengelilingi jasad saya yang terbujur kaku. Pak Imam, Mak Aji, Ustazah Salmah, Mak Su dan beberapa orang lain yang tidak saya kenali. Apa yang mahu mereka lakukan?. Kini saya bagai anak kecil, menyerah untuk diperlakukan apa sahaja oleh mereka.

Yaasin…. Bergema memenuhi ruang. Orang yang datang silih berganti. Yang jauh, yang dekat, orang hitam, orang putih, bertali arus.

Aduhhhhhhh…!!! Bisanya dagingku, cengkamannya amat perit!
“Angkat perlahan-lahan, mayat ini sakit,” saya dengar suara Ustazah Salmah. Orang yang tidak saya kenali tadi melonggarkan pegangannya. Ah…Ha…begitulah. Eh, mahu dibawa ke mana, jasad saya ini?.
“Kita mandikan kat pelantar tu.”
Angkat berhati-hati. Jaga aurat saya jangan sampai dilihat orang.
Huuhhhhhh… kenapa airnya panas sangat?. Tubuh saya terbakar bila roh berpisah dari badan. Mak Su, gosoklah perlahan-lahan. Tubuh saya luka dengan keluarnya roh. Daging tubuh saya jangan ditekan terlalu kuat, sakiitttt!

Mak Su mengambil air mutlak lalu menyiram ke tubuh saya perlahan-lahan. Kekotoran zahir telah tiada lagi pada jasad saya. Namun kekotoran hati saya yang tersirat tak siapa dapat membersihkannya. Oh Tuhan…saya takut, takut untuk bertemu dengan-Mu. Mengenangkan dosa-dosa saya…Aduhai, di neraka manakah agaknya tempat saya nanti? Tuhan….saya mengharapkan rahmat-Mu.

Terasa ada sesuatu memegang bahu saya. Malaikat mautkah?. Pipi saya terasa basah.
Perlahan-lahan saya celikkan mata. Kawan saya tersengih. “Hai teruknya mengigau,” sindirnya. Saya mengucap beberapa kali. Alhamdulillah, Tuhan belum menyuruh Malaikat Maut mengam